© 2017 SAM Bestari - Sekolah Kluster Kecemerlangan

UEP (United Estate Projects) Subang Jaya adalah sebuah perbandaran kediaman utama mewah di Subang Jaya, Selangor. USJ Di dalam kawasan Parlimen P104 Kelana Jaya dan ADUN N31 Subang Jaya. Ia terletak di Mukim (sub-daerah) Damansara, Daerah Petaling Negeri Selangor.

     SAMBEST terletak di atas bukit berhampiran dengan kawasan lot banglo, Majlis Perbandaran Subang Jaya [MPSJ], kawasan perumahan dan hub komersial utama di USJ Taipan Triangle iaitu kawasan perniagaan pusat bandar dan terkenal di seluruh Lembah Klang. Hampir semua bank-bank tempatan dan asing utama mempunyai cawangan di pusat komersil USJ.

     Sekolah ini mula beroperasi pada 29 Mei 1998 di kawasan seluas 37 ekar dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh Sekolah Agama Menengah (SAM) negeri Selangor. Pada tahun 2000, SAMBEST mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas.

     SAMBEST telah dirasmikan pada hari Khamis, 4 April 2013, bersamaan 23 Jamadil Awal 1434H, yang disempurnakan oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K.(Terengganu), D.K.(Kelantan), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya. Warga sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan kesudian DYMM Sultan mencemar duli merasmikan sekolah.