© 2017 SAM Bestari - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Foto SMKA TUN RAHAH.Foto SMKA TUN RAHAH.Foto SMKA TUN RAHAH.

Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya telah menganjurkan Mahrajan PQS peringkat kebangsaan baru-baru ini.
Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertainya.Alhamdulillah SAMBest telah menjadi johan keseluruhan.

 

Berikut merupakan keputusan keseluruhan:

 

JOHAN : SAM BESTARI (85 MARKAH)

NAIB JOHAN : SMA MAIWP (32 MARKAH)

KETIGA : SMKA TUN RAHAH (30 MARKAH)

KEEMPAT : SMKA SYEIKH HJ MOHD SAID (29 MARKAH)


Mahrajan ini telah berlangsung dengan jayanya.

 

PROGRAM KEMAHIRAN AMAL ISLAMI SEKOLAH AGAMA MENENGAH NEGERI SELANGOR

Program Ujian Kemahiran Amal Islami Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri Selangor adalah aktiviti tahunan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diadakan bagi mencungkil bakat pelajar di peringkat sekolah menengah di samping mengeratkan silaturahim di kalangan guru, pelajar dan kakitangan.

Pada 4 April 2017, SAM Bestari telah menghantar wakil sekolah ke Pertandingan Kemahiran Amal Islami yang bertempat di SAM Rawang.
Sekolah telah menjuarai acara individu, berkumpulan, dan Johan Keseluruhan Peringkat Zon Timur.

    

 

 

                       

Anugerah-anugerah Khas

1. Khairul Irshad - Pendebat Terbaik BM
2. Danial Hakim - Pendebat Terbaik BA
3. Intanseri - Moderator Forum Terbaik
4. Nurul Farzana Ali - Pembaca Rawi Terbaik
5. Atiqah Azizan - Peserta Kuiz Terbaik

 

Anugerah-anugerah Utama

Anugerah Individu Terbaik - SAM Bestari

Anugerah Kumpulan Terbaik - SAM Bestari

Anugerah Keseluruhan Terbaik - SAM Bestari

 

  

   

   

 

Pada 15-16 Februari 2017 Sekolah Agama Menengah Bestari telah mengadakan Majlis Ihtifal Sekolah Agama Menengah Bestari (MAIBEST).

MAIBEST merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan bagi mengasah bakat dan kemahiran pelajar dalam acara-acara yang

dipertandingkan. MAIBEST mempertandingkan sebanyak 22 acara merangkumi 9 acara individu dan 13 acara berkumpulan. Berikut

merupakan keputusan MAIBEST:

 

Johan keseluruhan (Individu): Cordova (312 markah)

Johan keseluruhan (Berkumpulan): Andalus (189 markah)

Keputusan keseluruhan MAIBEST:

 

1. Dimashq (464 markah)

2. Cordova (459 markah)

3. Basrah (446 markah)

4. Andalus (432 markah)

 

Para pelajar yang terpilih akan mewakili sekolah dalam Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat zon yang akan diadakan pada 30 Mac dan

4 April 2017. Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka.

 

Keputusan:
5 Emas 10 Perak 9 Gangsa.

Update: 37 pelajar SAM Bestari menyertai Taekwondo & yang mendapat medal seramai 23 pelajar. Tahniah semua, kami bangga.

 

                                                                                                            

 

 

   

 

                

                                 

Kejohanan merentas desa Sekolah Agama Menengah Bestari telah diaidakan pada 3 Februari 2017. Kejohanan merentas desa diadakan untuk menerapkan gaya hidup sihat dan daya saing dalam kalangan pelajar. Para pelajar telah melalui trek di sekitar Subang Jaya yang berjarak 4 km bagi pelajar lelaki dan 3.5 km bagi pelajar perempuan. Kejohanan ini melibatkan empat kategori iaitu perempuan bawah 15 tahun, lelaki bawah 15 tahun, perempuan bawah 18 tahun dan lelaki bawah 18 tahun. Kejohanan ini melibatkan persaingan antara empat firqah iaitu Andalus, Basrah, Cordova dan Dimashq. Pelajar yang memperoleh kedudukan 1-100 dapat menyumbang mata kepada firqah masing-masing dan pingat diberikan kepada pelajar yang memperoleh kedudukan 1-10. Berikut merupakan keputusan kejohanan merentas desa:

 

Johan keseluruhan: Cordova

Naib johan: Basrah

Ketiga: Dimashq

Keempat: Andalus

 

Kejohanan ini telah berjaya diadakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.