Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Falsafah Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor
“Suatu usaha berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan Wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.”