KPI HAL EHWAL MURID

Pengurusan Hal Ehwal Murid.

  • 100% program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Pembinaan Sahsiah, Kepimpinan dan Disiplin Murid.

  • 0% kes berat.

  • Penurunan kes salah laku disiplin

  • Peningkatan hadir awal ke perhimpunan pagi

  • Peningkatan pengurusan diri cemerlang

  • 100% pimpinan murid sekolah dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

  • 0% murid ponteng sekolah dan kelas.

  • 2% tidak hadir ke sekolah dengan sebab.

Badan Dakwah & Rohani (BADAR).

  • 100% program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

  • Peningkatan murid mengamalkan amalan Modul Budi Bahasa.

  • Peningkatan murid mengamalkan amalan Modul Mutadayyin.

  • Peningkatan murid mengamalkan amalan Modul Penampilan Diri.

  • Peningkatan murid mengamalkan amalan Modul Jati Diri.

Unit Bimbingan & Kaunseling

  • 100% program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan, dan Kebajikan.

  • Peningkatan kebersihan diri dan persekitaran murid.

  • Meminimumkan kemalangan yang berlaku di sekolah dan asrama.

  • Penurunan pelajar sakit.

  • Semua murid yang layak menerima bantuan diberi peluang untuk memohon.

KETETAPAN HAL EHWAL MURID

PERHIMPUNAN

  • Perhimpunan rasmi mingguan akan diadakan pada setiap hari Isnin. Murid perlu berkumpul di dalam Dewan UIA/ Dataran Perhimpunan pada jam 7.10 pagi. Manakala kehadiran para pentadbir dan guru pada jam 7.30 pagi. Perhimpunan perlu ditamatkan pada jam 8:00 pagi.

  • Perhimpunan harian pada hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 7.10 pagi hingga 7.20 pagi (melibatkan semua murid termasuk murid yang menyertai pertandingan di luar sekolah) . Guru Bertugas Mingguan (sekurang-kurangnnya seorang) mesti berada bersama murid di Dataran untuk menyelia, memantau serta menulis laporan perjalanan perhimpunan itu.

  • Perhimpunan hari Jumaat bermula 7.10 pagi hingga 8.00 pagi.

  • Pelajar dikehendaki berhimpun di Dataran sekolah sebelum jam 7.10 pagi.

  • Program Mentor-Mentee/Usrah/Solat Hajat akan dilaksanakan berselang-seli pada hari Jumaat jam 7:30 pagi hingga 8:00 pagi.

      • Minggu Pertama : Solat Hajat (Surau Al-Syatibi)

      • Minggu Kedua : Mentor Mentee (Bilik Darjah)

      • Minggu Ketiga : Usrah (Lokasi yang ditetapkan)

      • Minggu Keempat : Mentor Mentee (Bilik Darjah)

  • Perhimpunan dilaksanakan dalam tiga (3) bahasa mengikut hari:

      • Isnin : Bahasa Melayu

      • Selasa : Bahasa Arab

      • Khamis : Bahasa Inggeris

BACAAN SURAH AL- QURAN/ DOA DAN ZIKIR HARIAN

  • Pada Hari Selasa dan Khamis para pelajar hendaklah berada di dataran untuk bacaan Al- Quran, zikir dan doa harian (al Fatihah, surah Insyirah, surah Taha, Doa Pelembut Hati)

  • Bacaan Al-Quran/ Khatam Jamaei akan bermula pada jam 7:10 pagi.

  • Aktiviti SUMUR :

      • Selasa : Program Khatam Jamaei.

      • Rabu dan Khamis : Tadabbur Al-Quran.

      • Bulan Ramadan : Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran

      • Bacaan Doa Dhuha dibaca setiap hari pada jam 10:30 pagi di Bilik Siaraya.

      • Bacaan Al-Quran/Zikrullah dikumandangkan setiap hari bermula jam 7:00 pagi hingga 7:10 pagi.

DISIPLIN

  • Semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu, semua guru hendaklah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah pada setiap masa.

  • Setiap murid hendaklah memiliki buku peraturan sekolah dan asrama.

  • Peraturan sekolah dan asrama ini hendaklah difahami dan dipatuhi.

  • Setiap murid hendaklah memiliki buku nota/ catatan yang perlu dibawa setiap kali perhimpunan.

BUKU TEKS

  • Semua murid mestilah mendapat buku SPBT.

  • Semua murid hendaklah:

      • Membalut buku teks dengan plastic pembalut jernih.

      • Menulis nama pada buku teks masing-masing.

      • Menjaga buku teks dengan baik dan selamat.

  • Semua buku SPBT perlu dikembalikan secukupnya dalam keadaan baik sebelum berakhirnya sesi persekolahan akhir tahun semasa.

KANTIN

  • Kantin merupakan kawasan larangan kepada murid sepanjang waktu pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

  • Semua murid hendaklah makan di kantin atau wakaf-wakaf yang disediakan di sekitar kawasan sekolah pada waktu REHAT.

  • Semua murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan sewaktu berada di kantin.

PENGURUSAN KELAS

  • Kebenaran keluar kelas mestilah menggunakan PAS KELUAR daripada guru.

  • Setiap guru mesti melengkapkan BUKU KAWALAN KELAS (BKK) sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

  • Pelajar dilarang berada/ makan/ minum di dalam kelas termasuk pada waktu REHAT.

  • Kipas dan lampu hendaklah dimatikan sepanjang waktu REHAT.

  • Sepanjang pandemik Covid-19 murid dibenarkan berada/makan/minum di dalam kelas ketika waktu REHAT.

  • Kelas mesti sentiasa bersih, kemas, teratur dan kondusif.

  • Penilaian Mingguan Kebersihan dan Keceriaan kelas mesti mencapai markah sekurang- kurangnya 87%.

PAKAIAN MURID

  • Semua murid hendaklah memakai pakaian rasmi sekolah seperti yang telah ditetapkan sepanjang hari persekolahan.

  • Murid hendaklah berpakaian batik asrama atau pakaian seragam sekolah semasa balik wajib atau keluar (outing) bersama-sama ibubapa.

  • Murid hanya dibenarkan memakai seluar sukan “track suite” sekolah yang dijual di koperasi sekolah sahaja sepanjang berada di kawasan sekolah.

  • Murid hanya dibenarkan memakai baju t.shirt PJPK pada hari yang ada jadual waktu PJPK sahaja.

  • Murid hendaklah memakai kasut sekolah atau kasut bersarung sepanjang berada dalam kawasan sekolah (larangan memakai selipar dalam kawasan sekolah).

  • Murid hendaklah ‘tuck in’ pakaian seragam sekolah/ pakaian seragam unit beruniform dengan kemas sepanjang berada dalam kawasan sekolah.

  • Murid hendaklah memakai songkok sepanjang masa sesi persekolahan berlangsung sama ada ketika berpakaian rasmi sekolah atau t.shirt PJPK.

  • Murid-murid lelaki dikehendaki berpakaian lengkap baju Melayu putih, bersamping hijau rasmi Jumaat dan bersongkok untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat ke masjid.

  • Solat Jumaat dilaksanakan di Surau As-Syatibi setiap minggu sepanjang pandemik Covid-19.

  • Program ‘Saya BERSIH, Saya KEMAS’ akan dilaksanakan sepanjang tahun.

BARANG LARANGAN/ RAMPASAN

  • Semua barang larangan yang tidak dibenarkan bawa ke sekolah selain telefon bimbit (merujuk BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA) yang telah dirampas oleh guru atau jawatankuasa disiplin tidak akan dikembalikan semula kepada murid.

PANDEMIK COVID19

  • Semua warga sekolah dikehendaki mematuhi SOP KPM berkaitan pandemik Covid19 jika keadaan masih berlarutan bagi langkah keselamatan bersama. (Rujuk Garis Panduan Norma Baharu Pasca PKP KPM, JPN)