KPI KOKURIKULUM

Kemenjadian Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum dan PAJSK.

  • Peningkatan GPS Kokurikulum dan Sukan.

      • Unit Beruniform : 1.79

      • Kelab dan persatuan : 1.70

      • Sukan dan Permainan : 1.90

      • GPS Sekolah : 1.68

  • Peningkatan Pencapaian Gred Kokurikulum dan Sukan dalam PAJSK.

      • Gred A : 20%

      • Gred B : 80%

      • Gred C : 0%

      • Gred D : 0%

  • Kehadiran Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum.

      • 100% hadir dalam aktiviti kokurikulum dan sukan kecuali tidak hadir dengan kebenaran.

  • Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar sebagai peserta aktiviti kokurikulum tahun berikutnya.

      • Setiap pertandingan telah ada calon untuk tahun berikutnya.

Pengurusan Kokurikulum.

  • Penetapan Minimum Perjumpaan bagi Kelab dan Persatuan/ Unit Beruniform/Sukan dan Permainan.

      • Kelab dan Persatuan : 12 kali

      • Unit Beruniform : 12 kali

      • Sukan dan Permainan : 12 kali

  • Perancangan Perbelanjaan Kokurikulum.

  • Pengurusan Kokurikulum

      • Mesyuarat Kokurikulum dan Sukan 4 kali Setahun.

      • JawatanKuasa Kokurikulum diagihkan sama rata antara guru.

      • Aktiviti Kokurikulum dihabiskan sehingga bulan September.

      • Pemantauan perfailan dan aktiviti yang berterusan oleh pentadbir.

  • Pengiktirafan Kecemerlangan Kokurikulum.

      • Menyertai sebarang pertandingan yang dapat meningkatkan pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum sama ada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

KETETAPAN KOKURIKULUM

  • Semua murid WAJIB menjadi ahli kepada satu Kelab dan Persatuan, satu Pasukan Badan Beruniform dan satu Sukan dan Permainan.

  • Semua guru WAJIB menjadi guru penasihat kepada satu Kelab dan Persatuan, satu Pasukan Badan Beruniform dan satu Sukan dan Permainan.

  • Semua murid dan guru WAJIB mempunyai satu rumah sukan (Firqah).

  • Aktiviti Kokurikulum dijalankan setiap hari Rabu bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang.

  • Perjumpaan aktiviti Kokurikulum akan diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  • Kehadiran murid dan guru dalam semua kegiatan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB dan direkodkan dalam buku/borang kehadiran seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kokurikulum.

  • Setiap guru penasihat bertanggungjawab merancang, menyelia dan memantau sebarang kegiatan/aktiviti kokurikulum dan sukan di bawah seliaannya.

  • Semua guru dan murid mestilah memakai pakaian yang sesuai setiap kali menghadiri aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah.

  • Semua guru penasihat bertanggungjawab memastikan sebarang aktiviti kokurikulum dan sukan yang dijalankan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

  • Semua guru penasihat WAJIB hadir dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan unit masing-masing.

  • Setiap guru penasihat perlu menyemak laporan yang disediakan oleh setiausaha setiap kali perjumpaan/penyertaan pertandingan dan dimasukkan ke dalam fail unit masing-masing selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas pertandingan.

  • Semua guru penasihat bertanggungjawab memastikan fail dan rekod berkaitan dengan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilengkapkan.

  • Setiap guru penasihat perlu membuat perancangan aktiviti kokurikulum setiap kali perjumpaan mengikut jadual tugasan yang dijadualkan oleh ketua guru penasihat dan diserahkan kepada PK Kokurikulum sebulan sekali (Rabu mimggu ke 4 setiap bulan).

  • Perhimpunan Rasmi Kokurikulum akan diadakan sebulan sekali setiap hari Isnin minggu ketiga. Perhimpunan akan dipengerusikan mengikut penggiliran jadual

  • Murid yang menyertai pertandingan sama ada kokurikulum atau sukan hanya dibenarkan membuat latihan intensif ( semasa PdP berjalan ) 3 hari sebelum pertandingan dan bermula pukul 10.00 pagi bagi aktiviti koakademik dan 8.00 – 11.00 bagi sukan dan permainan.

  • Murid yang menyertai pertandingan / aktiviti kokurikulum dan sukan semasa musim peperiksaan WAJIB menduduki peperiksaan tersebut selepas petandingan selesai dengan diselia oleh guru mata pelajaran.

  • Semua Guru dan murid WAJIB memakai pakaian yang melambangkan identiti pelajar SAM Bestari setiap kali menyertai aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Sebarang hadiah kemenangan yang berbentuk wang tunai hendaklah diagih antara peserta (70%) dan pihak sekolah ( 30% ) untuk pembangunan unit kokurikulum dan sukan.

Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas

  • Akta Pendidikan 1996

  • Pekeliling Ikhtisas 1/1985 (JK Bimbingan Pelajar Sekolah)

  • Pekeliling Ikhtisas 4/1985 (Sekolah sbg. Institusi Masyarakat)

  • Pekeliling Ikhtisas 2/1986 (Rekod kedatangan dan Laporan Gerko)

  • Pekeliling Ikhtisas 6/1988 (Panduan tajaan)

  • Pekeliling Ikhtisas 4/1995 (Pelaksanaan KRS)

  • Pekeliling Ikhtisas 2/1997 (Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri sebagai Pasukan Pakaian Seragam)

  • Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1998 (Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996)

  • Pekeliling Ikhtisas 24/1998 (Penglibatan guru dan murid anjuran GO dan NGO)

  • Pekeliling Ikhtisas 9/2000 (Panduan keselamatan diri PJK/Kokurikulum)

  • Pekeliling Ikhtisas 2/2011 (Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan)

  • Pekeliling Ikhtisas 17/2000 (Kelab Rukun Negara)

  • Pekeliling Ikhtisas 18/2000 (Panduan Kelab Fotografi)

  • Pekeliling Ikhtisas 7/2006 (Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum)

  • Pekeliling Ikhtisas 8/2007 (Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum)

  • Pekeliling Ikhtisas 5/2002 (Lawatan sekolah pada hari persekolahan)

BIDANG TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM

  • Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang/Pendek).

  • Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun.

  • Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

  • Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

  • Memaikan penglibatan pelajar menyeluruh

  • Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa.

  • Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.

  • Menentukantarikh Kejohanan Sukan sekolah,Merentas Desa,Hari Kecemerlang Kokurikulum dan kegiatan lain.

  • Menilai aktiviti kokirikulum dan dan membuat laporan tahunan.

  • Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.

  • Membu dalam bidang masing-masingat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan cemerlang.

  • Memastikan semua tempat dan alat selamat diguna oleh pelajar.

BIDANG TUGAS BADAN BERUNIFORM SEKOLAH

  • Mengatur dan menyelia perjalanan Pasukan Badan Beruniform.

  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

  • Menyelaras semua aktiviti yang dijalankan.

  • Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk penyertaan murid dalan aktiviti Pasukan Badan Beruniform.

  • Menentukan aktiviti ,surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

  • Memastikan peraturan dalam perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.

  • Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan Ahli Jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

  • Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran,rujukan dan rekod.

  • Mengumpulkan laporan tahunan dan fail Laporan Aktiviti Kokurikulum untuk edaran,rujukan dan rekod.

  • Membuat laporan tahunan keseluruhan berkaitan aktiviti dan pencapaian Pasukan Badan Beruniform sekolah.

BIDANG TUGAS KELAB DAN PERSATUAN

  • Mengatur dan menyelia perjalanan Kelab & Persatuan.

  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

  • Menyelaras semua aktiviti yang dijalankan.

  • Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk penyertaan murid dalan aktiviti Kelab & Persatuan.

  • Menentukan aktiviti ,surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

  • Memastikan peraturan dalam perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.

  • Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan Ahli Jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

  • Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran,rujukan dan rekod.

  • Mengumpulkan laporan tahunan dan fail Laporan Aktiviti Kokurikulum untuk edaran,rujukan dan rekod.

  • Membuat laporan tahunan keseluruhan berkaitan aktiviti dan pencapaian Kelab & Persatuan sekolah.

BIDANG TUGAS KELAB SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH

  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

  • Membentuk jawatankuasa

  • Memastikan guru penasihat sukan menubuhkan pasukan untuk mewakili sekolah dalam acara yang disertai.

  • Memastiakan setiap murid sekolah melibatkan diridalam mana-mana sukan dan permaianan samada di peringkat reaksi atau pun peringkat prestasi tinggi.

  • Merancang dan membimbing serta memberikan peluang kepada murid yang berkebolehan dalam sukan & permainan yang lebih berprestij.

  • Mengurus pertandingan sukan dan permainan peringkat sekolah.

  • Memastikan undang-undang sukan dan permainan dipatuhi oleh murid, jurulatih dan pegawai pertandingan.

  • Membantu guru permainan mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga.

  • Membuat laporan dan merekodkan setiap pencapaian cemerlang murid dalam bidang sukan dan permaianan.

  • Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi setiap acara yang disertai atau dianjur

  • Menyelia penggunaan alat-alatan sukan dan permainan.

  • Memastikan alatan dan kelengkapan sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan selamat.

  • Menyediakan senarai alatan dan keperluan bagi tujuan penggunaan pada masa hadapan serta tujuan stok dan inventori alatan sukan.

  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan,penglibatan,minat dan pencapaian murid dalan bidang sukan dan permaianan.

BIDANG TUGAS RUMAH SUKAN SEKOLAH

  • Mengadakan mesyuarat dan meyediakan minit mesyuarat.

  • Menyediakan laporan aktiviti tahunan .

  • Membincang masalah,isu dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan aktiviti rumah sukan di sekolah.

  • Menyediakan perancangan serta takwim di peringkat sekolah dan menyebarluas kepada semua guru dan murid.

  • Mengemaskini data serta maklumat rumah sukan dari masa ke semasa dan membuat laporan pada akhir tahun.

  • Memastikan terdapat senarai nama guru dan murid (ahli) yang terkini dan lengkap.

  • Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan sekolah.

  • Membentuk jawatankuasa di kalangan ahli sukan.

  • Menjalankan mensyuarat agung tahunan rumah sukan.

  • Sentiasa membuat rujukan dan perbincangan dengan setiausaha sukan,GPK Kokurikulum dan Pengetua berkaitan dengan pengurusan rumah sukan.

BIDANG TUGAS AJK PEMANTAUAN AKTIVITI KOKURIKULUM

  • Menubuhkan jawatankuasa pemantau.

  • Membuat perancangan pemantauan aktiviti kokurikulum.

  • Menyediakan jadual pemantauan.

  • Menghasilkan borang pemantauan yang sesuai dengan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

  • Merekod serta menyimpan maklumat serta rekod di dalam fail.

  • Penyeliaan dan pemantauan akan dilakukan oleh ahli jawatankuasa ini serta pihak pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

  • Menyebarluas maklumat serta borang pemantauan yang diguna pakai untuk pemantauan aktiviti kokurikulum sekolah.

BIDANG TUGAS AJK PENILAIAN (PAJSK) KOKURIKULUM SEKOLAH

  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

  • Memastikan guru-guru penasihat setiap unit sukan dan kokurikulum dapat menyelesaikan tugas-tugas berkaitan mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.

  • Mengurus dan menyelaras markah penilaian kokurikulum setiap orang murid berdasarkan perolehan markah dari setiap unit sukan dan kokurikulum.

  • Melengkapkan analisis markah bagi setiap unit dan setiap aliran/darjah oleh guru kelas.

  • Menghantar dan menyerahkan markah penilaian kokurikulum kepada PPD/JPN/KPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

  • Menyediakan laporan bercetak dan mengemukakan laporan tersebut kepada Pengetua atau GPK Kokurikulum.