KPI UNIT KURIKULUM

A. KEMENJADIAN MURID DALAM AKADEMIK

  • GPS SPM : 1.69

    • 16.82% murid mendapat gred A dalam semua mata pelajaran SPM.

    • 3% murid mendapat A+ dalam semua mata pelajaran SPM.

    • 92.49% murid mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam SPM.

  • GPS SMA : 1.04

    • 100% murid mendapat mumtaz dalam semua mata pelajaran SMA.

  • GPS PT3 : 1.48

    • 5.21% murid menguasai gred A dalam semua mata pelajaran PT3.

    • 82.14% murid mendapat 6A ke atas, dan mendapat A dalam mata pelajaran al-Lughah al-‘Arabiah al-Mua’sirah, Syariah dan Usuluddin.

    • 100% murid mendapat sekurang- kurangnya TP 5 dalam Pentaksiran Bilik Darjah.

    • Murid mendapat sekurang- kurangnya B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

  • GPS PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN SETIAP TINGKATAN

    • Tingkatan 1 = 2.43 (94.49%)

    • Tingkatan 2 = 2.27 (98.52%)

    • Tingkatan 3 = 2.59 (81.73%)

    • Tingkatan 4 = 3.49 (90.63%)

    • Tingkatan 5 = 3.14 (94.55%)

  • 100% murid menguasai sekurang- kurangnya TP 5 dalam semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah.


B. PENGURUSAN KURIKULUM

  • 100 % guru menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

    • Memastikan semua guru menghantar satu salinan RPT kepada PK Pentadbiran pada awal tahun sebelum sesi persekolahan bermula.

    • Memastikan guru menghantar Fail Persediaan Mengajar (FPM) untuk semakan pentadbir setiap minggu.

    • GKMP memantau FPM guru di bawah selianya sekurang-kurangnya dua kali setahun.

  • 100 % guru menghantar Buku/Fail Rekod Mengajar setiap hari akhir persekolahan setiap minggu.

    • Guru wajib menghantar FPM pada setiap hari akhir persekolahan setiap minggu di pejabat

    • Guru perlu tandatangan dan (/) pada fail rekod penghantaran

  • 100% guru dicerap dan mencapai sekurang-kurangnya 85% (baik).

    • Mewujudkan jawatankuasa pencerapan yang terdiri daripada pentadbir, GKMP dan Guru Cemerlang.

    • Memperkasakan PdPc melalui PAK21 (PLC, TMK, dan Digital Learning)

  • 100% guru menghantar buku latihan murid untuk disemak oleh Ketua Panitia.

    • Guru menghantar buku latihan murid kepada Ketua Panitia untuk semakan 2 kali setahun. GKMP menyemak buku latihan murid Ketua Panitia

    • Jumlah buku latihan murid yang perlu dihantar untuk semakan adalah 10 buah buku setiap kelas

    • Latihan hendaklah merangkumi semua bab.

    • Memastikan latihan yang diberikan bersesuaian dan bertepatan dengan sukatan pelajaran dan mengandungi unsur – unsur KBAT

  • 100% ujian, penilaian dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah mengikut SPSK Aspek 3.1.5.

    • Memastikan pelaksanaan sekurang-kurangnya empat kali penilaian dalam setahun dan analisis setiap ujian tersebut untuk penambahbaikan.

    • Semua soalan yang disediakan mengikut JSI dan diverifikasi serta mempunyai skema pemarkahan.

    • Mengumpulkan semua soalan di dalam bank soalan.

    • Menyemak kertas soalan mengikut skema pemarkahan yang standard dan membuat penataran skor

    • Membuat analisis markah murid dan markah disi dalam aplikasi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan

  • 100% guru mempunyai pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi.

    • Mengadakan latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru di bawah panitia sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun.

  • 2 orang murid memenangi Anugerah Nilam Peringkat Daerah dan 20% murid menerima Anugerah NILAM Peringkat Sekolah.

    • Memastikan 99% peruntukan Pusat Sumber dibelanjakan.

    • Memastikan semua pelajar membaca sekurang-kurangnya 40 buah buku dalam setahun.

    • Mengadakan pertandingan NILAM dan menganugerahkan NILAM kepada murid yang layak.

    • PSS memilih buku rujukan yang sesuai dengan pelaksanaan kurikulum.

    • Bekerjasama dengan panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam mengadakan program pengucapan awam.

  • 100% guru yang tidak hadir telah menyediakan latihan kepada murid (MMI).

    • Menyediakan jadual waktu sebelum sesi persekolahan setiap tahun mengikut ketetapan pekeliling semasa.

    • Mewujudkan lelongan jadual waktu.

    • Menyediakan relief bagi guru yang tidak hadir.

    • Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah menyediakan handout dan difailkan.

KETETAPAN KURIKULUM

JADUAL WAKTU

  • Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.

  • Keutamaan pengagihan diberi kepada guru mengikut opsyen.

  • Jadual waktu mengajar dan jadual waktu guru ganti akan diuruskan oleh jawatankuasa jadual waktu sekolah.

  • Jadual waktu guru tidak kurang dari 25 waktu seminggu dan tidak melebihi 4 persediaan mengajar.

  • Satu masa PdPc bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 adalah 30 minit.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdPc)

  • Waktu PdPc:

      • Tingkatan 1 hingga 3, pada hari Isnin, Selasa dan Khamis, PdPc bermula jam 7:30 pagi hingga 2:30 petang. Pada hari Rabu bermula 7.30 pagi hingga 2.00 petang.

      • Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pada hari Isnin hingga Khamis, PdPc bermula dari 7:30 pagi hingga 4:00 petang.

      • Pada hari Jumaat, waktu PdPc Tingkatan 1 hingga 5 bermula jam 7:30 pagi hingga jam 12:00 tengah hari.

  • Sukatan Pelajaran (SP), Huraian sukatan Pelajaran( HSP), Dokumen Standard Kurikulum (DSK), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses Pembelajaran dan Pembelajaran (PdPc).

  • Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang berikut:

      • Tingkatan 1 dan 2 : 30 September

      • Tingkatan 3 : 31 Julai

      • Tingkatan 4 (KSSM) : 30 September

      • Tingkatan 4 (Kurikulum Dini) : 31 Ogos

      • Tingkatan 5 : 31 Ogos

  • Semua guru hendaklah mempunyai Headcount individu dan mata pelajaran dan graf prestasi untuk mengenal pasti prestasi murid dalam setiap mata pelajaran mengikut sasaran yang ditetapkan.

  • Semua guru perlu mengaplikasi PAK21, kaedah i-THINK dan KBAT dalam PdPc untuk meningkatkan lagi kemahiran TMK dan mengembangkan potensi berfikir dalam kalangan murid.

  • Guru hendaklah menyediakan tugasan kepada murid sebelum menghadiri kursus/aktiviti di luar.

  • Guru yang masuk ke kelas semasa sesi PdPc/ujian/peperiksaan/relief hendaklah menandatangani buku kawalan kelas.

PENCERAPAN

  • Semua guru perlu dicerap sebanyak tiga kali setahun; 1 kali pencerapan kendiri dan 2 kali pencerapan PdPc.

  • Semua guru dicerap menggunakan instrument standard 4 SKPMg2.

  • Pencerapan dilaksanakan secara professional dan memberi bimbingan secara individu untuk penambahbaikan.

FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (FPM), RPT DAN RPH

  • Semua guru hendaklah melengkapkan FPM dengan semua maklumat yang diperlukan dan perlu dikemaskini.

  • FPM hendaklah dihantar pada hari akhir persekolahan setiap minggu sebelum meninggalkan ibu pejabat kecuali bagi mereka yang menghadiri kursus/bengkel/seminar/cuti hendaklah menghantar pada hari Isnin minggu berikutnya.

  • RPT hendaklah disediakan sebelum sesi persekolahan bermula.

  • Rancangan Pengajaran Harian (RPH) hendaklah ditulis sehari sebelum PdPc dan FPM hendaklah dibawa bersama ketika masuk ke kelas.

  • FPM hendaklah dijaga dengan baik dan diserahkan ke pejabat pada minggu akhir sesi persekolahan tahun 2021.

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

  • Semua Perancangan dan aktiviti panitia mestilah sentiasa merujuk TOV dan ETR mata pelajaran dan KPI Kurikulum yang telah ditetapkan.

  • Semua mesyuarat Panitia hendaklah dilaksanakan dalam masa 2 minggu selepas mesyuarat Kurikulum.

  • Semua Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan PCG Panitia diurus dengan baik dan berkesan.

  • Pengurusan panitia mestilah mematuhi SPI Bil 4/1986 dan SPSK ISO MS 9001/2015.

PEPERIKSAAN

  • Penggubal Soalan.

      • Semua ketua panitia perlu menghantar senarai nama penggubal soalan Ujian Prestasi, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan Akhir Tahun kepada Setiausaha Peperiksaan satu minggu selepas mesyuarat Panitia kali pertama.

      • Soalan Peperiksaan yang ditulis dalam tulisan Rumi hendaklah ditaip dengan teliti dan kemas menggunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12, manakala tulisan Jawi menggunakan jenis tulisan Nasakh @ Sakkal Majalla bersaiz 18.

      • Penggubal soalan hendaklah menghantar draf soalan, skema permakahan dan Jadual Spesikasi Item (JSI) kepada setiausaha peperiksaan dengan mengisi borang PK05/1. Dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada setiausaha peperiksaan 7 hari sebelum tarikh peperiksaan bermula mata pelajaran tersebut.

      • Penyedian soalan hendaklah mengisi Lampiran Peperiksaan dengan lengkap dan menyerahkan bungkusan soalan kepada setiausaha peperiksaan untuk disimpan sehingga hari peperiksaan.

  • Pengawas Ujian/Peperiksaan

      • Guru Pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual waktu PdPc masing-masing bukan mengikut waktu peperiksaan dimulakan.

      • Soalan Ujian/ Peperiksaan hendaklah diambil di bilik Peperiksaan dengan mengisi borang PK 05/4.

      • Peperiksaan hendaklah dimulakan tepat pada waktunya dan memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum peperiksaan dimulakan.

      • Pastikan semua pelajar telah mendapat kertas soalan yang lengkap dan kertas jawapan sebelum pelajar menjawab soalan.

      • Mencatat bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada lampiran peperiksaan.

      • Serahkan sendiri skrip jawapan pelajar kepada setiausaha peperiksaan mengisi borang PKO5/5.

  • Setiausaha Peperiksaan

      • Menyediakan Takwim Ujian/Peperiksaan tahun 2021 untuk pengetahuan Semua guru.

      • Menyediakan Jadual waktu Ujian/ Peperiksaan dan mengedarkannya kepada ketua panitia.

      • Memastikan semua soalan telah dihantar dan dicetak pada waktunya.

      • Memastikan semua guru memasukkan markah pelajar dalam sistem SAPS dan e-auto.

      • Menyediakan Jadual waktu peperiksaan bagi pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan kerana terlibat dengan aktiviti luar yang mendapat kelulusan daripada pihak sekolah.