KPI UNIT PENTADBIRAN

100% kepimpinan sekolah mempunyai pengetahuan mengurus sekolah.

    • Membimbing dan memberi peluang kepada kepimpinan sekolah (Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata pelajaran dan Ketua Panitia) meningkatkan kecekapan.

    • Menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dalam aspek yang sesuai.

    • Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi memupuk tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

    • Bertindak proaktif dan mewujudkan pelbagai perkongsian dan maklumbalas melalui laman web sekolah, media sosial seperti WhatsApp dan lain-lain.

    • Menyediakan perancangan strategik.

    • Memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan prestasi kerja dengan memberi sokongan dan penghargaan.

Ke arah Sekolah Berprestasi Terbilang 2021.

    • Menetapkan halatuju sekolah.

    • Merancang.

    • Melaksana.

    • Memantau/menyemak.

    • Menambahbaik

Sekolah selamat dan selesa.

  • Membentuk jawatankuasa task force pembangunan dan baikpulih.

  • Mengenalpasti kerosakan.

  • Menyelenggara mengunakan kepakaran dalaman dan ibubapa.

  • Mengumpul dana dengan kerjasama dengan PIBG.

Audit Cemerlang.

  • Memberi pendedahan tentang pekeliling kewangan dan tatacara kewangan.

  • Peruntukan kewangan dimanafaat dengan sepenuhnya.

  • Merancang, mengawal dan memantau perbelanjaan.

  • Laporan Audit kewangan bertaraf cemerlang.

100 % aset kerajaan telah diinventori.

  • Memberi pendedahan tentang pengurusan aset alih kerajaan melalui taklimat dan kursus.

100 % warga sekolah boleh mengakses maklumat dengan cepat dan tepat.

  • Mewujudkan jawatankuasa bagi mengumpul dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan tepat serta mudah diakses.

Anugerah 3K.

  • Meningkatkan persekitaran ceria dan bersih dengan mewujudkan taman, melabel pokok, menceriakan tandas dan lain-lain.

  • Menyertai pertandingan 3K.

90 % ibubapa dan alumni terlibat dalam program sekolah.

  • Bekerjasama dengan ibu bapa dan alumni dalam membantu program sekolah secara berterusan melalui sarana sekolah dan ibu bapa seperti sumbangan dana, peralatan, dan kepakaran yang membawa kejayaan kepada sekolah.

100 % fail diurus dengan cemerlang.

  • Memberi taklimat perfailan.

  • Menghadiri kursus perfailan.

  • Memantau perfailan.

  • Menyediakan bilik fail yang mudah dicapai.

Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang.

  • Guru mengajar mengikut opsyen.

  • Staf mempunyai MyPortfolio (Fail Meja).

  • Pengusaha swasta mempunyai dokumen lengkap.

  • Johan Anugerah Pengurusan Cemerlang.

KETETAPAN UNIT PENTADBIRAN

KEHADIRAN GURU

  • Semua guru hendaklah hadir bertugas 10 minit sebelum PdPc bermula.

  • Semua guru dibenarkan pulang 30 minit selepas PdPc terakhir jika tiada sebarang aktiviti dan program.

  • Semua guru hendaklah mendapat kebenaran daripada pentadbir sekiranya ingin keluar atas sesuatu urusan dengan mengisi Borang Kebenaran keluar.

  • Semua guru hanya dibenarkan menghadiri tugasan luar hanya 14 hari setahun untuk memastikan PdPc berjalan lancar.

KEHADIRAN AKP

  • Semua AKP hendaklah hadir 10 minit sebelum jam 8 pagi dan pulang selepas jam 5 petang.

  • Semua AKP hendaklah mendapat kebenaran pentadbir sekiranya ingin keluar atas sesuatu urusan dengan mengisi Borang Kebenaran keluar.

SURAT MENYURAT

  • Semua surat yang diterima hendaklah diproses mengikut garis panduan yang ditetapkan dan diserahkan kepada penerima dengan kadar segera.

  • Surat yang diterima hendaklah dimasukkan dalam fail yang berkaitan dengan kadar segera.

  • Semua guru atau AKP hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pembantu Tadbir (P/O) sekiranya ingin mendapat maklumat di dalam fail peribadi dengan merekod dalam borang surat keluar (peribadi).

PENGURUSAN ASET

  • Semua aset hendaklah didaftarkan 2 minggu selepas perolehan.

  • Semua warga sekolah hendaklah menjaga aset mengikut tatacara.

  • Setiap kerosakan akibat salahlaku warganya hendaklah diganti.

PENGURUSAN DATA

  • Semua data hendaklah dikemaskini mengikut masa/ tempoh yang ditetapkan.

  • Semua data peribadi adalah sulit.

PENGURUSAN KEWANGAN

  • Semua guru dan AKP hendaklah mengetahui tentang pekeliling serta tatacara pengurusan kewangan.

  • Semua pembelian dan pembayaran hendaklah diurus mengikut tatacara kewangan.

PENGURUSAN PREMIS

  • Semua premis hendaklah berada dalam keadaan selamat dan kondusif.

  • Guru dan AKP yang memerlukan kunci pendua premis, hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengetua dengan mengisi Borang Permohonan Salinan Kunci Premis.

AGIHAN TUGAS

  • Agihan tugas guru hendaklah mengambil kira pengalaman, kemahiran dan kepentingan organisasi.

  • Dalam kes-kes tertentu agihan tugas akan dilaksanakan secara bergilir-gilir.

MESYUARAT PENGURUSAN/SYURA

    • Mesyuarat Pengurusan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali setahun.

PENGURUSAN MESYUARAT

  • Mesyuarat-mesyuarat unit hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

PERHIMPUAN SEKOLAH

  • Semua guru dihendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.

  • Perhimpunan rasmi sekolah adalah sebahagian daripada LADAP.

CUTI GURU DAN AKP

  • Semua AKP hendaklah membuat permohonan cuti rehat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum bercuti.

  • Semua Guru dan AKP hendaklah memohon kepada pentadbir sekiranya mengambil cuti kecemasan.

PENYAMPAIAN MAKLUMAT

  • Semua guru boleh menggunakan pelbagai kaedah yang berkesan untuk menyampaikan maklumat seperti Facebook, Whatsapp, Telegram dan lain-lain untuk kemajuan sekolah.